Monday 26 August 2013

Sejenak Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Hari Ini...

Situasi tegang berlaku di dalam dewan undangan negeri (DUN) hari ini, ada diantara pembangkang cuba membuat kecoh dan bersikap tidak sabar dalam mengemukakan bahas. Sikap mereka seolah-olah tidak menghormati dewan.
di bawah disertakan keadaan yang berlaku di dalam dewan:

Kewibawaan Datuk S.K Devamany sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru cuba diuji oleh pembangkang pada hari pertama sesi soal jawab hari ini.

Nga Kor Ming (DAP – Kepayang) beberapa kali bangun mempertikaikan keputusan yang dibuat Speaker yang membenarkan soalan tambahan dikemukakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Devamany dengan tenang meminta Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya bersabar dan memberi peluang kepada beliau untuk mengendalikan persidangan dengan lancar.

Bekas guru itu yang beberapa kali menggunakan perkataan `sabar’ `minta tolong’ dan `terima kasih’, turut menasihatkan wakil rakyat supaya bersopan di dalam tindakan masing-masing di dalam Dewan.
“Jangan marah, gunakan bahasa yang baik,” katanya cuba menenangkan situasi yang mula panas di dalam Dewan.

Devamany dengan penuh yakin memberi jaminan bahawa beliau akan cuba berlaku adil kepada semua pihak dan `keadilan akan terserlah akhirnya’.

Dalam masa yang sama, beliau turut menegur Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid yang menjawab mengenai pembangunan semula pekan-pekan kecil.

Mohamad Zahir cuba mengusik wakil rakyat pembangkang dengan mengungkit kononnya merekalah yang mendalangi bantahan terhadap projek-projek pembangunan semula itu.
Usikan itu menyebabkan beberapa wakil rakyat bangun untuk mendapatkan penjelasan tetapi ditenangkan oleh Devamany.
“YB, tolong jangan ungkitkan perkara-perkara lain,” kata Speaker, cuba menenangkan keadaan dan terus meminta Mohamad Zahir meneruskan jawapan.

No comments:

Post a Comment