Wednesday, 28 August 2013
Datuk Seri Dr Zambry gentleman..thumb up!!!
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mempamerkan sikap 'gentlemannya' apabila beliau mempelawa Nga Kor Ming (DAP-Kepayang) duduk bersama ketika beliau mengadakan sidang media.
Dr Zambry telah memanggil Nga menyertai sidang media yang sedang berjalan apabila beliau ternampak ADUN Kepayang itu masuk ke bilik di mana sidang media DUN biasanya dibuat.
Nga telah menerima jemputan tersebut dan duduk di sebelah Menteri Besar sepertimana dipelawa sebelum Dr Zambry menyambung semula sidang medianya.
Insiden yang tidak dijangka ini sudah tentu mengejutkan lebih 25 pemberita yang membuat liputan sidang media Menteri Besar tersebut.
Sangkaan bahawa akan akan timbul suasana tegang juga meleset apabila Dr Zambry dan Nga dilihat berbincang dalam suasana penuh kemesraan mengenai isu cukai tahunan sekolah persendirian Cina (SUWA), sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah Tamil di negeri ini.
Klik disini untuk selanjutnya>>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment