Thursday 5 September 2013

TIADA SEBAB PENIAGA UNTUK NAIKKAN HARGA BARANG



Kuala Lumpur: Peniaga diberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang, susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, berkuat kuasa tengah malam tadi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana peniaga yang cuba berbuat demikian dan mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan akta sedia ada.

Klik disini untuk selanjutnya>>PERAKPOST.COM

HISHAMMUDDIN BERSEDIA ELAUNNYA SEBAGAI MENTERI DIPOTONG



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau bersedia elaunnya sebagai menteri dan wakil rakyat dipotong untuk bersama-sama merasai kesusahan rakyat dan membantu ekonomi negara.

Katanya, saranan yang dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perkara yang boleh dipertimbang dan dibincangkan.

“Sebagai wakil rakyat dan menteri, saya sanggup elaun saya dipotong dalam usaha untuk berjimat. Jika pemotongan elaun saya boleh membantu mengukuhkan ekonomi, saya tidak teragak-agak dan bersedia melakukannya.

“Kita (wakil rakyat) harus melakukan perkara sama (potongan elaun) dalam konteks penjimatan supaya rakyat melihat. Pada saya secara peribadi saya sanggup tak kira membabitkan apa-apa pemotongan elaun,” katanya ketika mengulas saranan Dr Mahathir supaya perbelanjaan kerajaan dikurangkan dalam membantu menurunkan defisit negara.

Hishammuddin ditemui selepas Badan Perhubungan UMNO Johor mengadakan pertemuan tertutup bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, pemotongan elaun boleh dilaksanakan jika wakil rakyat bersatu hati dalam berdepan waktu sukar dan mempertahankan ekonomi negara.
“Kita (wakil rakyat) kena hadapi kesusahan sedikit, perkara ini bukan lama. Jika kita teragak-agak melaksanakan perkara ini semua pihak akan terjejas jika ekonomi merudum.

“Jika ekonomi kita gagal dipertahankan dan ketika itu baru mahu lakukan pemotongan elaun wakil rakyat, ia mungkin sudah terjejas (teruk). Oleh itu pada saya baik potong elaun kita sekarang,” katanya.

TIDAK PERLU PERSOALKAN TINDAKAN POLIS




Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempersoal tindakan polis menahan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said pada awal pagi semalam.

Beliau berkata penahanan itu dibuat mengikut prosedur iaitu polis telah ke rumah Samad pada awal petang Selasa tetapi beliau tidak berada di rumah.

"Kita pergi awal sebenarnya (tetapi) dia tidak ada di rumah. Dia balik pada 12 tengah malam secara senyap-senyap, jadi kita terpaksa tangkap dia waktu itulah.

"Kalau berani melakukan kesalahan yang memalukan (dan) melakukan bendera negara kita yang kita sayangi sebegitu (kibar bendera lain), kenapa pula (ada pihak) menyalahkan polis bila kita ambil tindakan?," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada wacana "Masyarakat dan Jenayah-Di Manakah Kita" anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Berita Harian (BH) di sini hari ini.

Khalid berkata Samad juga diminta menyerah diri sebelum itu tetapi beliau gagal berbuat demikian.

Semalam, Samad dibebas dengan jaminan polis setelah beberapa jam diambil keterangan. Beliau ditahan kira-kira 12.25 pagi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan ambang Merdeka Jumaat lepas.

Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga mempersoal tindakan polis menahan Samad pada lewat tengah malam dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu "gangguan". - Bernama

Cuepacs Sokong Kenaikan Harga Petrol



Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen, jika ia memberi faedah kepada rakyat untuk masa hadapan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersetuju jika tindakan itu boleh membantu rakyat, terutamanya dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dijangka akan dibentangkan dalam bajet pada penghujung tahun ini.

“Kita menyokong dengan kenaikan tersebut sekiranya kerajaan mengambil langkah memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk lain, seperti pemberian BRIM yang berganda iaitu daripada RM500 kepada RM1,000, juga bantuan lain kepada rakyat.

“Selain itu, kita juga mahu agar bantuan yang diberi kerajaan dilakukan secara berterusan, bagi memastikan rakyatnya tidak rasa terbeban dengan kenaikan itu, kerana kita khuatir ada barang lain pula yang akan naik nanti.

“Bagaimana pun, saya harap kerajaan sudah memikirkan sesuatu bagi memberi manfaat berterusan kepada rakyat sebelum keputusan menaikkan harga petrol dan diesel dilakukan, selain memikirkan impak daripada kenaikan tersebut,” katanya.

Menurut Omar, jika kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini bermakna lebihan terhadap peruntukan itu seharusnya dikembalikan semula kepada rakyat, tidak kira dalam apa jua bentuk.

SEBAB SEBENAR SAMAD SAID DITAHAN WAKTU TENGAH MALAM



Ini baru kes 'pecah tembelang' lanjutan isu kibar bendera Sang Saka Malaya di Dataran Merdeka pada malam ambang Merdeka.Amat memalukan kerana ia melibatkan seorang Sasterawan Negara yang konon aktivis pejuang kebenaran.

Kalau mengikut versi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar nampaknya Datuk A Samad Said berbohong dakwa dia berada di rumah sepanjang hari Selasa dan polis tidak datang tahannya untuk soal siasat waktu itu.

Isunya di sini ialah puak pembangkang dok galak balon polis mempersoalkan mengapa tak hormat seorang berstatus Sasterawan Negara datang datang tahan beliau waktu tengah malam di rumahnya.

Ekoran kontroversi ini Khalid memberitahu wartawan ketika ditemui selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis kisah sebenar mengapa Samad terpaksa ditahan waktu tengah malam.

Beliau berkata polis telah pergi ke rumahnya ( di Bangsar) pada waktu petang namun Samad tidak ada di rumah.

Menurut Ketua Polis Negara itu Samad hanya menyelinap masuk balik ke rumahnya pada waktu tengah malam Selasa.

Beliau ditahan pada jam 12.30 awal pagi Rabu.Beliau cuma ditahan untuk soalsiasat selama dua jam dan dibebaskan jam 2.30 pagi.

Namun puak pembangkang dan penyokong mereka buat riuh dalam internet hentam polis macam-macam persoal penangkapan  waktu tengah malam keatas Samad yang berusia 80 tahun.

"Dia hanya balik waktu tengah malam,dia balik senyap-senyap,kami menunggu.Maka kami tahan dia.

"( Sebelum itu) Kami sudah minta dia serah diri  tetapi dia tidak.( Jadi) Kenapa kami tidak boleh tahan dia ( waktu tengah malam).

TERLEBIH MESIR, TERLUPA PALESTIN



TIDAK keterlaluan, dalam tempoh sejak 14 Ogos lepas, perhatian, tumpuan, sorotan dan analisis semuanya tentang Mesir. Sepanjang tempoh masa itu, gelora yang berlaku di Mesir pasca kejatuhan bekas Presiden dokongan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi, yang kemudiannya menjadi lebih ribut gara-gara protes bertukar simbahan darah, semuanya dikupas  pelbagai pihak dengan menggunakan sebarang landasan bentuk komunikasi dan pertukaran maklumat.  Dalam tempoh itu juga, reaksi dan kupasan di mana-mana landasan ada yang tertib,  tidak kurang cuma sokongan sebelah pihak , jarang terkecuali bersulamkan emosi  sebaliknya memasukkan fiksi bagi menyokong kenyataan dibuat.

Jadi, salahkah perhatian yang sangat terlebih ke atas Mesir itu sepanjang dua minggu lalu? Tidak mengapa, jika tumpuan diberikan kepada negara anggota Asia Barat yang satu itu. Ini kerana itulah peristiwa yang  paling ada tempat di dada media kerana sifatnya bercirikan “juicy news”, memetik kata pakar-pakar dunia media dan pemberitaan.  Tetapi pada pemerhatian saya sebagai individu yang mengikuti rapat perkembangan di Mesir atas asas, sejarah kebangkitan Islam di Tanah Melayu, kini Malaysia,  turut ada kaitan dengan negara itu, liputan mengenainya terlalu banjir melimpah.

Bayangkan, sejak dua minggu lalu, analisis akademik lebih 90 peratus merujuk tentang Mesir. Mesir itu dan Mesir ini. Jangan lupa, forum mengenai Mesir turut bercambah dalam tempoh itu. Begitu juga cakap-cakap di restoran kedai kopi, kafe atau bistro, disambung kupasannya selepas hidangan terkini mengenainya disiarkan di televisyen yang tersedia sebagai kemudahan. Itu belum masuk di blog, status media sosial dan sebagainya hampir kesemuanya tentang Mesir, cerita Ikhwanul Muslimin, kisah kekejaman pihak berkuasa kerajaan sementara Mesir kerana menganggap nyawa penyokong pro-demokrasi lebih murah daripada harga gandum.

Apa lagi? Di akhbar-akhbar, hampir kesemuanya namakan apa sahaja, dalam atau luar negara, muka depan berita tidak lain tidak bukan, tentang Mesir.
Perhatian yang begitu banyak bukannya kesalahan pada hemat saya tentang Mesir itu, sedikit sebanyak menyebabkan kita berdosa kecil. Kerana apa? Kita lupakan Palestin.

Tidak ramai yang tahu dan sedar atau barangkali pura-pura enggan peduli, dengan sorotan serta tumpuan begitu banyak tentang Mesir itu, kita terlupa tentang usaha damai Palestin-Israel. Ia berlaku pada hari yang sama, operasi pihak berkuasa ke atas penyokong pro-demokrasi. Hari berlangsungnya rundingan damai di Ramallah itu, serentak dengan perdebatan angka korban pertumpahan darah Mesir membabitkan pihak berkuasa dan Ikhwanul Muslimin. Dakwa pihak berkuasa, yang terbunuh hanya berpuluh-puluh orang, tetapi Ikhwanul Muslimin tegas berpendirian angka korban angkara tindakan kejam itu mencecah 2,000 orang.

Ketika kita sibuk mencari kebenaran, masa satu yang mahu digunakan dan dilaporkan untuk memancing perhatian , kita terlepas perkembangan susulan rundingan damai  Israel-Palestin. Hasilnya, liputan itu tidak mendapat perhatian sedikit pun di dada media di sini, di Asia Barat atau negara Barat.

Kita juga mungkin  sedikit “melampau” kerana turut tidak ingat tentang Hari Al-Aqsa dan bahaya terkini yang menantinya. Diingatkan, Hari Al-Aqsa diingati pada 21 Ogos juga sepanjang tempoh dua minggu ketika Mesir bermandi darah. Sekali lagi, perhatian keterlaluan kepada Mesir menyebabkan kita terlupa Palestin dan Al-Aqsa. Kita salah kalau mencemuh padan muka Palestin dan Arab kerana terus-terus berbalah, sebab itu Masjid Al-Aqsa terus terjajah. Kita jadi berdosa kalau tidak berbuat apa-apa tentang Al-Aqsa kerana realitinya ia isu umat Islam. Jangan sesekali terlupa bahawa Masjid Al-Aqsa, yang letaknya di bumi Palestin terkepung, adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi.  

Sejak Zionis menguasai Al-Aqsa bermula tahun 1967, pelbagai bentuk ancaman dan bahaya ditempuhinya. Ia dibakar, dicerobohi, digali dasarnya, dihalang pengunjungnya, dikepung, dinajisi dan sebagainya. Adalah dikesalkan kerana kebanyakan kita menganggap bahaya ke atas Al-Aqsa ini kurang diketahui oleh umat Islam sedunia, apatah lagi umat Islam di Malaysia.

Isu Palestin yang berlanjutan sejak sekian lama sering dilihat sebagai isu Arab-Israel dan sering pula digambarkan sebagai konflik perebutan tanah. Ia bagaikan telah mengaburkan isu masjid ini. Lebih menyedihkan lagi, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), kini dipengerusikan Kazakhstan tahun ini langsung tidak menyebut secara spesifik isu masjid ini, apatah lagi untuk menyedarkan umat Islam sedunia tentang bahaya menantinya selepas Zionis tidak berehat daripada usaha menjajah kekal di situ. Wajar diingatkan,  OIC ditubuhkan sejurus Masjid Al-Aqsa dibakar pada tahun 1969.

Sekali lagi, tidak salah jika setiap hari ada berita tentang Mesir. Pun benar keputusannya kalau meletakkan berita Mesir sebagai hidangan muka depan akhbar atau buletin utama di slot berita televisyen. Namun, ia sedikit tidak betul apabila kedua-duanya tidak diberikan liputan seimbang sedangkan kedua-duanya saling berkait. Apa yang berlaku di Mesir akan menjejaskan Palestin, tanpa kecuali aspek rundingan damai. Jika sesuatu berlaku kepada Palestin, Masjid Al-Aqsa turut terancam. Maka, adalah betul, kalau perhatian kita tidak terlebih kepada Mesir, pada masa sama, tidak terkurang kepada Palestin. Begitulah.

PETRONAS MENJELASKAN PERKARA SEBENAR TENTANG KENAIKAN RON95 20SEN


pet

PETRONAS hari ini menjelaskan mengenai tanggapan salah sebilangan rakyat bahawa Malaysia dapat mengeluarkan produk petroleum yang lebih murah seperti gasoline dan diesel jika ia mengeluarkan dan menggunakan sendiri minyak mentah.

Bagaimanapun perbadanan minyak negara itu berkata, minyak mentah Tapis blend yang ditemui di perairan Malaysia, merupakan bahan mentah yang sangat mahal.
Oleh itu, dengan mengeksport minyak Tapis blend dan mengimport minyak kurang berkualiti untuk penggunaan dalam negara, Malaysia meraih manfaat lebih besar daripada sumber minyak mentah semula jadinya, dan pada masa yang sama memastikan jaminan tenaga untuk penggunaan domestik.

Petronas, dalam satu kenyataan malam ini mengulas mengenai rasionalisasi subsidi kerajaan baru-baru ini yang telah menimbulkan kebimbangan dan tanggapan salah sebilangan rakyat.
Mereka berpendapat rakyat sepatutnya menikmati produk petroleum, terutama gasoline dan diesel, pada harga minimum selari dengan status negara sebagai negara pengeluar minyak, katanya.

Ini bertentangan dengan negara seperti  Arab Saudi dan negara Timur Tengah yang menghasilkan minyak mentah murah dalam kuantiti yang besar.
Minyak Tapis blend mencatat premium tinggi berbanding minyak biasa pada harga premium US$122.96 setong pada 30 Ogos, 2013, berbanding minyak mentah yang biasa dijual iaitu minyak Brent blend pada US$115.38 pada hari yang sama.

Petronas berkata, harga runcit semasa produk petroleum di pam di Malaysia tidak menggambarkan kos sebenar pengeluaran komoditi itu memandangkan ia tidak menunjukkan perubahan kos minyak mentah.
Ini disebabkan perbezaan dan impak perubahan minyak mentah sudah diserap oleh subsidi besar kerajaan.

Harga minyak mentah kini semakin meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan keselamatan di Timur tengah seperti Mesir dan Syria.
“Bagaimanapun, harga runcit gasoline dan diesel di Malaysia tidak berubah kerana di subsidi oleh kerajaan.
“Subsidi besar merupakan perbelanjaan yang tidak berkekalan dalam jangka panjang, selain itu ia menyebabkan penggunaan tenaga tidak berhemat dan tidak cekap,” kata Petronas. – Bernama

HARGA PETROL DAN KEPERLUAN AKAN NAIK


tony phua

Masyarakat pengguna diingatkan agar tidak terkejut jika kerajaan Umno-BN mengambil langkah menaikkan harga barangan keperluan asas termasuk petrol dalam Belanjawan 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Oktober nanti.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua kenaikan tersebut dijangka berlaku disebabkan kedudukan dana kerajaan semakin meruncing dari akibat kegagalan kerajaan Umno-BN mengambil langkah kukuh membendung isu rasuah, pembaziran dan ketirisan dalam pentadbirannya.
“Saya rasa harga barang keperluan seperti gula, minyak masak, petrol dan lain-lain akan meningkat dalam bajet yang akan dibentangkan tak lama lagi oleh Perdana Menteri.
“Saya rasa ini berlaku kerana pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang kukuh mengatasi masalah rasuah, pembaziran, ketirisan dan langkah tidak mengadakan tender terbuka dalam projek kerajaan juga menyebabkan kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk keperluan kebajikkan orang ramai.
“Orang ramai tiada pilihan selain terpaksa mengamalkan hidup yang lebih menjimatkan seperti terpaksa ‘downgrade’ kenderaan dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu,” kata Pua kepada TV Selangor hari ini.

Bagaimanapun menurut Pua, perkara itu tidak berlaku kepada pemimpin Umno-BN dan kroni mereka yang mampu meneruskan gaya hidup yang mewah apabila terus dianugerahkan projek kerajaan.
“Apa yang berlaku sekarang adalah akibat perbelanjaan yang tidak terkawal, kita boleh lihat ini bukan sebab kita kekurangan pendapatan, malah hasil kerajaan juga semakin meningkat mendadak sejak 10 tahun kebelakangan ini, tetapi masih tertekan di segi defisit akibat yang saya sebutkan tadi,” ujar beliau lagi.
Julai lalu, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggi membayangkan kemungkinan akan berlaku kenaikan kadar tarif elektrik disebabkan langkah kerajaan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik.

Bagaimanapun Moggi mendakwa kenaikan tersebut akan diputuskan oleh kerajaan.
Baru-baru ini cadangan menaikan tarif elektrik itu dilihat hampir menjadi kenyataan apabila Presiden dan ketua eksekutif TNB, Azman Mohd dipetik dari Berita Harian mengesahkan cadangan menaikkan tarif elektrik.

MAHATHIR TEGUR NAJIB JANGAN BOROS



[sinar]- Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi membantu menurunkan defisit negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dengan penjimatan itu barulah kerajaan mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

“Seperti yang kita tahu sekarang, negara kini mengalami defisit. Kita pinjam terlalu banyak wang.

“Kalau kita tak pinjam wang, itu lebih baik. Jika boleh, kurangkan perbelanjaan kerajaan (kerana) subsidi kita sangat tinggi,” katanya dalam sidang media Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi 2013, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang melihat tindakan kerajaan meningkatkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter sebagai satu mungkir janji yang terpaksa dilakukan ekoran perbelanjaan boros dan salah guna kewangan negara semasa PRU13.

Ketika ditanya mengenai cadangan penggunaan semula petrol RON92 untuk memberi pilihan kepada pengguna membeli petrol pada harga lebih murah, beliau enggan mengulas lanjut.

“Itu kena tanya perdana menteri, saya sudah lama bersara jadi saya tidak tahu banyak,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula kelmarin.

Kata beliau, kenaikan harga minyak ini sebagai salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

WAJIB BACA: KEPADA YANG MARAH SANGAT HARGA MINYAK NAIK!!!



RAMAI orang meluahkan rasa geram, mengapa kerajaan perlu kurangkan subsidi petrol dan diesel sedangkan harga minyak dunia tidak meningkat mendadak, dan Malaysia pula adalah negara pengeluar minyak.

Tetapi keputusan mengurangkan subsidi itu, jika dibaca melalui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, nyata tidak berkait dengan kenaikan harga minyak dunia atau jumlah minyak yang dieksport Malaysia setiap tahun.

Apa yang jelas, keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak buat pertama kali dalam tempoh dua tahun ini adalah bagi mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Itu adalah tahap yang dianggap agak membimbangkan oleh pakar ekonomi dan pelabur luar, menyebabkan Fitch Ratings pada Julai lalu menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada stabil kepada negatif.

Di bawah adalah penjelasan DS Najib Razak tentang kenaikan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter. 

Harga minyak Malaysia masih antara termurah di ASEAN

1. Kerajaan akan terus bagi subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80sen untuk diesel.

2. Kerajaan akan tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M.

3. Melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

4.Bagi tahun sepenuhnya, negara menjangka dapat berjimat kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion.

5.Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.

6.Proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

7.Kerajaan akan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

8.Inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat.


Di bawah pula adalah pandangan pakar ekonomi tentang harga petrol terbaru ini. Menurut Dr Yeah Kim Leng, Ketua Ekonomis Rating Agency Malaysia Holding's Bhd's (RAM) 

1.Increasing the RON95 pump price by 20 sen to RM2.10 has been hailed as the right move to address the ever-increasing government debt, which currently stands at 53.5% as at the end of last year.

2.Headline inflation at 2% at the end of July is the right timing to introduce a gradual subsidy removal.

3.Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) amounting to RM500 was paid out for 2013 and for 2014, BRIM could be increased to RM1,000 or even RM1,500.

4.The household income level for those in the lower income group has risen by 6%-7% from 2009 to 2012, and this would cushion the increase in petrol prices.

Nampaknya, kerajaan masih terpaksa menanggung subsidi yang tinggi iaitu 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel supaya tidak membebankan rakyat.

Dalam masa yang sama, BR1M akan dinaikkan untuk meringankan kenaikan harga petrol itu.

Yang paling penting sekali, pengurangan belanja kerajaan sebanyak RM3.3 bilion itu boleh digunakan untuk manafaat rakyat Malaysia.

Tetapi dalam masa yang sama, MiM sarankan agar pemantauan kepada pihak-pihak yang akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga keperluan rakyat.

Kita lihat juga respons kepimpinan pembangkang yang sudah tentu akan memainkan isu ini. Kita lihat sama ada Lim Guan Eng DAP berani mahu 'mengarahkan' pemilik stesyen minyak untuk tidak menaikkan harga petrol di Pulau Pinang sama seperti yang beliau buat kepada filem Tanda Putera?

Dan kita juga perlu tahu di manakah negara Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain : Klik sini

JADI KENA FAHAM BETUL-BETUL SEBELUM TUNJUK PERASAAN!! JANGAN MUDAH TERMAKAN DAKYAH PEMBANGKANG!!!

Wednesday 4 September 2013

Senarai Nama Ahli Kongsi Gelap



Sila ambil perhatian, senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap:-

Geng 04
1) tiram sasi (Johor)
2) sungaiway sugu (KL)
3) green line samy (Penang)
4) prai bala (Penang)
5) langkap sasi (Perak) terlibat dlm kes tembak di kampar perak mangsa 2 lelaki
6) selvam (Bt.Gajah) ada kelab 04 di Tmn Perdana Bt.Gajah
7) ragu (Ayer Tawar)
8) sudha (Sitiawan)

Geng 08 
1) indren ( Penang)
2) jiva (Penang)
3) dark (KL)
4) siva guru (KL)
5) muthu (Ipoh)
6) skey ( Johor)
7) shoby (KL)
8) gobi (KL)

Geng 36
1) cendol kanna (KL)
2) ratenan (KL)
3) devan ( kepala 36 KL) jutawan n pembekal dadah bg geng 36 )
4) kajang balan ( Kajang n orang kanan bg devan )
5) seremban denial (Seremban)
6) pelai (Taiping) terlibat dalam kes tembakan di relau dan di Ipoh melibatkan bekas anggota TUDM.
7) M.G  buntong (Perak)
8) satia (Perak)
9) kajang kalai (Kajang)
10) santhanem (KL)
11) ulu tiram api (Johor Bharu)
12) rama (Johor Bharu) pernah terlibat dalam kes tembakan
13) sadam (Butterworth)
14) satish (Butterworth)
15) arvin  (Kulim)
16) avi@ avinash (Kulim & KL)
17) alavanthan (Kulim)

Pendedahan Senarai Nama Kongsi Gelap Hanya Sandiwara Zahid?



Naib Presiden PKR N.Surendran mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap, baru-baru ini.

Cukup-cukuplah berdrama Zahid.. “Bagi saya isu ini hanya untuk menarik perhatian ahli Umno sahaja.

“Hal ini kerana pemilihan Umno akan dijalankan tidak lama lagi, jika Zahid bersungguh-sungguh untuk membanteras kegiatan ini, mana tindakannya.

Inilah dikatakan bangang semuanya sandiwara...kenapa bab Jenayah pun dikatakan Sandiwara sepatutnya PR Berkerjasama dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah negara.

ANWAR GESA POLIS MOHON MAAF


Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 4 Sept: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa tidak puas hati dengan tindakan polis menahan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said pada waktu tengah malam.

Dalam Twitter peribadinya, Anwar menulis, “Tindakan biadap! Samad Said berumur 80 tahun diheret jam 12 malam?” tempelak Anwar sebaik mengetahui Samad Said lebih dikenali sebagai Pak Samad ditahan.
Ekoran itu, beliau menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi memohon maaf kepada Pak Samad di atas penahanan itu.

Tegas Anwar lagi, Zahid wajib mohon maaf kepada Sasterawan Negara itu kerana pada usianya 80 tahun, beliau dibawa tiga polis pada jam 12 tengah malam ke ibu pejabat polis.
“Tak dapat soal siasat pada siang hari kah? Mana perginya perikemanusiaan?” kata Anwar lagi.

Penahanan itu turut mendapat reaksi rakan seperjuangan Pak Samad dalam Bersih, Datuk S Ambiga yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.
“Pak Samad, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Layanan yang mengejutkan dalam menghormati Sasterawan Negara,” tulis Ambiga di twitter.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut sama mengutuk tindakan polis.
“Penahanan yang dibuat oleh polis merupakan satu kebiadapan dan ia mesti dikutuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber Dari >>http://khatadi.blogspot.com/2013/09/anwar-gesa-polis-minta-maaf.html

Pemimpin PR Sertai Demo Bantah Kenaikan Harga Minyak


WP_20130904_003

IPOH: Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyertai perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga petrol RON95 dan diesel berhampiran bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini.

Perhimpunan aman itu bermula sekitar pukul 9.30 pagi disertai kira-kira 20 orang peserta yang memakai baju parti DAP, Pas dan parti Keadilan Rakyat (PKR).

Klik Untuk Selanjutnya>>http://perakpost.com/2013/09/04/pemimpin-pr-sertai-demo-bantah-kenaikan-harga-bahan-api/

ORANG BARAT DAN PEGANGAN AGAMA MEREKA



Pernahkah kita terfikir, apakah orang barat itu kurang beragama atau kuat beragama? Jika kita fikir mereka kurang beragama, maka pemikiran kita sudah salah. Sebenarnya, orang barat seperti juga orang Melayu Islam, mereka adalah masyarakat yang kuat beragama. Malah, mereka paling kuat beragama dan beribadat kepada tuhan anutan agama mereka.

 Tapi bila saya katakan orang barat kuat beragama? maka orang Melayu akan bertanya, "habis tu, yang puak athiest wujud, takkan orang barat masih dianggap kuat beragama? Untuk jawapan kepada soalan ini, biar saya bertanya, apakah itu makna atheist? "atheist" bermaksud "dewa" atau "deity" dan sebenarnya golongan "atheist" ini mereka tidak mempercayai "dewa" bukan mereka tidak mempecayai tuhan. Tuhan dan dewa adalah dua konsep yang tidak sama.

Dewa itu manusia mitologi yang mempunyai separuh kuasa seperti tuhan contohnya Poseidon atau Neptune, manakala tuhan adalah tuhan yang menjaga semesta alam dan golongan atheist di barat ini mereka percaya tuhan tapi tidak dewa, maka dengan itu mereka adalah atheist.

Dan kita telah tertipu sekali lagi dengan berfikir orang barat dan Yahudi tidak kuat beragama. Mereka atheist dan mereka tidak percaya kepada tuhan. Sebenarnye merekalah antara masyarakat yang paling kuat beragama. namun,yang menyedihkan sekali kita sedikit pun tidak mahu membuat sedikit penyelidikan mengenai hal itu.

Kita harus mulai hari ini melihat orang barat ini mereka begitu kukuh kepercayaan agama mereka seperti kita. Bezanya, orang Melayu Islam suka melaung-laungkan perihal agama dibibir-bibir mereka sehingga maknanya sudah hilang tenggelam.

Sedangkan, orang barat dan yahudi contohnya, walaupun mereka kuat beragama tapi mereka pandai menyimpan agama mereka dalam urusan-urusan seharian mereka. Mereka tidak simbolkan agama mereka dibibir dan anak tekak mereka secara pekikan atau membuant bising. Sebaliknya, dengan cara yang sangat halus dan senyap.

Nilai-nilai agama yang mereka selitkan dalam perilaku dan pekerjaan seharian sangat halus, tidak bising-bising sehingga tidak nampak suntikan agama yang mereka lakukan. Tapi ia berkesan. Ia terjadi. Ia telah berjaya mempengaruhi sebilangan besar jutaan manusia di dunia.

Sebagai contoh, seorang pengarah filem terkenal Steven Speilberg adalah seorang yahudi yang sangat kuat beragama, tapi tidak pula dia menunjuk-nunjuk, mendabik-dabik keyahudiannya secara bising-bising di dalam hasil kerjanya. Malah tidak juga dia mengenakan topi kecil yang biasa dipakai oleh orang yahudi. Imej, simbol dan gaya Yahudi tidak ada secara fizikal pada dirinya, tapi ianya berada di dalam imaginasinya yang dizahirkan dan diadun dengan begitu sempurna di dalam hasil kerjanya.

Selain itu, cara suntikan elemen keyahudian Steven Spielberg adalah sangat halus dan terperinci sehingga tidak disedari oleh kita. Kita menyanjungi filem-filem arahan dia tapi kita terlupa bahawa secara tidak langsung kita juga telah menyanjungi konsep-konsep Yahudi yang ditanam secara halus. Sebenarnya, kalau kita mengkaji konsep E.T., konsep "Intergalatic War", dan konsep "Darth Vader" contohnya, kita akan perasan wujud elemen-elemen keyahudian. Tapi kita tidak kaji, oleh sebab itu kita tidak tahu. Maka jadilah kita golongan "kita tidak tahu yang kita tidak tahu".

Sebenarnya, ramai dari kita rasa bersalah kalau tidak meluahkan sedikit bunyi-bunyi Islamik dalam pekerjaan kita. Dari penjual ubat tepi jalan, kepada  pakar motivasi pasti akan menjual bunyi-bunyi agama yang Islamik agar tindakan dan perilaku mereka berbaur Islamik. Ini supaya kumpulan sasaran melihat mereka juga Islamik. Kalau tidak membuat bunyi-bunyi Islamik nanti dibilang kita ini sesat dan kafir.

Teknik menzahirkan elemen Islam sebenarnya tidak perlu melalui kata-kata secara pekikan di mikrofon atau meluahkan secara berkali-kali. Ia sepatutnya senyap, halus dan progresif.

Jika kita mahu orang bukan Islam termakan dengan elemen-elemen Islam dan akhirnya menjadi Islam seperti kita, tidak semestinya kita harus sumbat mereka dengan simbol-simbol dan bunyi-bunyi Islamik dari anak tekak setiap kali bertemu mereka.

Kerana ada sebahagian orang bukan Islam memang sudah menyanjungi Nabi Muhammad, tapi bila berjumpa dengan kita, habis disumbatnya dengan segala, ideologi Islam, falsafah dan konsep, segala idea hukum halal haram ditabur dengan berseloroh berguni-guni banyaknya. Maka orang bukan Islam akan lari dari mengenal Islam, puncanya adalah kerana cara kita yang salah menyampaikan.

Sebenarnya, orang Melayu tidak mahir dalam teknik susupan secara halus. Ini kerana orang Melayu mempunyai kesabaran yang pendek atau "short fuse". Orang Melayu mahu cepat dan segera setiap sesuatu hal dan kalau ia memakan masa orang Melayu akan mudah marah, hilang sabar dan mengeluh.

Berbeza dengan orang barat atau Yahudi, mereka ini bangsa yang sabar dalam menyampaikan agama mereka kepada kita. Mereka bijak dalam mengatur langkah dalam membuat susupan halus lagi terperinci dalam mendoktrinisasikan minda dan jiwa kita. Dalam mengagungkan agama anutan mereka, orang barat dan Yahudi membangunkan kekuatan material, intelektual, spiritual dan ilmu pengetahuan secara sistematik dan menyeluruh.

Mereka juga bijak dalam membuat adunan doktrin-doktrin sebati yang sempurna dengan menggaulkan budaya dan agama dalam satu adunan sehingga tidak terasa pun kita sedang melantak idea-idea agama mereka dengan lahap dan rakus.

Pendek kata, jika kita mahu orang menerima agama kita, biarlah ianya secara perlahan-lahan dan rapi. Bukan mengibarkan bendera panji-panji, atau melaung, atau berpekik di depan kedutaan dan sebagainya. Bukan saya menyokong barat atau yahudi, tapi saya mempunyai pemerhatian yang tajam dan peka, dan saya lihat inilah kelemahan orang-orang Islam dalam menyampaikan syiar Islam.

Jika kita fikir kita mahu orang lain terima agama kita, orang lain pun mahu kita menerima agama mereka. Kalau kita rasa kita kuat beragama, orang agama lain pun kuat beragama juga. Tapi bezanya, orang barat dan yahudi lebik bijak, halus, tersusun dan sabar manakala kita orang Islam hanya bunyi-bunyi Islamik yang meniti dibibir-bibir yang akhirnya hilang maknanya.

George Soros pernah menulis dalam salah sebuah bukunya, mengatakan bahawa negara Amerika Syarikat tidak pernah tidak "religious". Agama tetap menjadi pusat graviti pentadbiran mereka. Sebahagian dari kamu mungkin akan berkata, bagaimana dengan zaman "Reformation" yang mana pentadbiran negara dan hal ehwal agama di asingkan? Pada pendapat saya itu semua hanyalah helah dan tipu daya, barat dan yahudi mereka masih kuat dan teguh dengan agama mereka, sama seperti kita. Malah lebih kukuh dan kuat seperti cengkaman Helang pada mangsanya.

Kebencian Melampau Pudarkan Patriotisme



Sabtu lalu kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56. Namun, di sebalik kemeriahan dan keriuhan sambutan, masih wujud segelintir masyarakat yang bukan saja tidak menjiwai makna kemerdekaan, malah berlaku biadab dengan mengibarkan bendera baru menggantikan Jalur Gemilang.

Tahun lalu ketika malam sambutan hari kemerdekaan, kelompok sama mengibarkan bendera dinamakan Sang Saka Malaya. Beberapa risalah turut diedarkan mengajak rakyat mengatakan ‘tidak’ kepada Jalur Gemilang.
Pemimpin pembangkang kerap mempersoalkan Jalur Gemilang. Pada September dua tahun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Kota Alam Shah waktu itu, M Manoharan pernah menegaskan pembangkang akan menukar bendera jika memperoleh kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Malah, bekas Menteri Besar Perak (PAS), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempersendakan Jalur Gemilang dengan menggelarkan ‘jalur malang.’

Apa jua justifikasi yang cuba diberikan, yang pasti perbuatan terkutuk sebegini bukan fenomena lumrah di negara berdaulat seantero dunia. Pengalaman penulis ke luar negara menyaksikan upacara sambutan kemerdekaan mereka, tidak pernah terdengar masyarakatnya mempertikaikan aspek fundamental yang membabitkan simbol kenegaraan seperti bendera.

BENDERA MARUAH NEGARA

Malah mengibar bendera pada sambutan hari kemerdekaan adalah simbol penting bagi setiap warga di negara luar tanpa mengira ideologi politik. Bendera adalah identiti negara-bangsa yang ada kepentingannya tersendiri sebagai lambang kedaulatan serta maruah negara.

Sebab itulah dalam Islam, bendera menempatkan posisi penting dalam lipatan sejarah pembentukan dan pembinaan daulah atau negara Islam. Apabila Rasulullah SAW mewujudkan negara Islam pertama di Madinah pada 622 Masihi, Baginda turut memperkenalkan bendera dikenali sebagai Al-Liwa.
Dalam satu riwayat, Ibnu Abbas pernah menjelaskan ciri-ciri bendera yang diperkenalkan Nabi SAW: “Bahawa bendera Nabi Muhammad SAW berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih.” Dalam riwayat yang lain: “Pada bendera Nabi Muhammad SAW tertulis kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah.”

Dalil lain yang menunjukkan kepentingan bendera dapat dilihat daripada perbuatan (af’al) Nabi Muhammad SAW. Ketika pembukaan kota Makkah, Baginda selaku ketua negara membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Daripada Jabir: “Bahawa Nabi Muhammad SAW memasuki Makkah dengan membawa bendera Al Liwa’ berwarna putih.” (HR Ibnu Majah).

Bendera turut memainkan peranan penting ketika jihad al-qital (peperangan). Bendera utama biasanya dipertanggungjawabkan kepada panglima jihad. Mungkin ada baiknya kita menelusuri peperangan ketika hidup Nabi SAW iaitu Peperangan Muktah pada tahun ke-8 Hijrah.

BENDERA DI MEDAN PERANG

Dalam peperangan itu, Rasulullah SAW secara simbolik menyerahkan bendera kepada sahabatnya, Zaid Harithah yang dilantik sebagai panglima perang bagi mengepalai 3,000 tentera Islam yang bakal berdepan 200,000 tentera musuh. Rasulullah SAW berpesan, jika Zaid terbunuh, penggantinya ialah Jaafar Abi Talib dan Jaafar terbunuh,  penggantinya ialah Abdullah Rawahah.

Dalam peperangan itu Zaid bertarung dengan hebat sehingga ditusuk lembing musuh. Lantas Jaafar mencapai bendera daripada tangannya sebelum tangan kanan beliau yang meme-gang bendera putus dipancung musuh dan beralih ke tangan kirinya. Apabila tangan kirinya pula putus, bendera dipeluk dengan kedua-dua lengannya. Saat Jaafar terbunuh, ia masih mengangkat bendera itu sehingga tubuh Jaafar terbelah dua dicantas tentera Rom.

Demikian hebatnya daya juang dan keperibadian sahabat Nabi SAW yang terus mempertahankan bendera dan panji-panji Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Ternyata bendera atau panji adalah simbol maruah serta lambang terpenting kedaulatan dan kebebasan sehingga Nabi SAW sendiri meletakkannya pada kedudukan yang tinggi.

Namun, apa yang mendukacitakan kita pada hari ini, bendera bagaikan tidak lagi makna bagi segelintir manusia yang rakus untuk berkuasa. Kebencian yang meracuni diri telah memudarkan nilai patriotik sesetengah warga hingga tergamak melakukan perbuatan biadab dan tidak bertamadun seperti memperkotak-katikkan bendera negara sendiri.

Tuesday 3 September 2013

BARAN SEJUK MELAYU


Baran sejuk adalah sebuah personaliti yang lazim pada orang Melayu. Baran Sejuk bermaksud orang yang marah tapi tidak kelihatan dari sudut luaran. Orang yang Baran Sejuk adalah seorang pendendam yang akan bermusuh dengan kita sehingga bertahun-tahun lamanya. Orang Baran Sejuk tidak mudah memaafkan orang lain. Biasanya, kita tidak tahu mereka ini marah, benci atau dendam dengan kita kerana orang Baran Sejuk bijak menyembunyikan amarah dan dendam dirinya.

Dari aspek jantina, sifat baran sejuk ada pada wanita dan lelaki. Hal yang paling merbahaya bagi orang yang mempunyai baran sejuk adalah apabila mereka berada dalam posisi dan tampuk kuasa mereka akan menggunakan kuasa mereka untuk menzalimi orang yang mereka dendam. Orang baran sejuk lebih sadistik dari orang baran panas.

Baran Sejuk adalah dari phenotype Panas Baran. Bezanya orang panas baran mereka cepat meletup tapi cepat juga reda. Panas baran juga mudah memaafkan orang lain. Tapi tidak bagi baran sejuk. Mereka marah tapi nampak sejuk. Malah, orang baran sejuk ini kalau mereka semakin marah dan dendam mereka akan menjadi lebih peramah dan baik. Ini kerena mereka menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam.

Jika orang panas baran dikaitkan dengan api merah menyala, orang baran sejuk api di hati mereka adalah hitam seperti api neraka. Kemarahan si baran sejuk tiada noktahnya. Selagi tidak tercapai maka mereka akn teruskan mencari ruang dan peluang untuk membalas dendam.

Orang panas baran mungkin mereka dianggap jahat tapi sebenarnya hati mereka lembut. Panas baran hanya manifestasi sementara yang cepat redanya. Orang baran sejuk pula, mereka mesra, baik, mudah bergaul, mempunyai cara komunikasi yang tersusun, tapi di dalam hati mereka punyai rasa marah yang mendalam.

Orang baran sejuk akan menjeling dengan sudut mata mereka ketika kita tidak perasan. Sukar untuk mengenalpasti orang baran sejuk ini, kerana mereka menyimpan perasaan sebenar mereka. Sehinggalah satu hari mereka melancarkan serangan strategik yang sukar dipatahkan.

Ini kerana orang baran sejuk mereka bijak mengatur langkah. Berbeza dengan orang panas baran mereka tidak merancang, kerana mereka bertindak secara spontan. Orang panas baran dipengaruhi emosi tapi orang baran sejuk dipengaruhi keiblisan. Dan baran sejuk adalah sifat marah yang paling dasyat sekali.

Sebagai contoh, seorang panas baran kalau meminta wang pinjamannya dia akan lebih open dan direct. Tapi tidak pada baran sejuk. Dia hanya bertanya sekali sahaja, "mana duit aku". Kalau kita tidak membayar ketika itu, dia tidak akan menunjukkan sifat marah atau sebagainya, sebaliknya menunjukkan sifat tenang yang disaluti niat dendam. Baran sejuk seperti bom masa yang akan meledak tapi tidak tahu bila, tahu-tahu sahaja, ada sahaja barang peribadi kita hilang atau rosak. Dan kita tidak tahu siapa yang buat.

Etika, tamadun, dan cara hidup di zaman moden kini, telah merubah ramai manusia menjadi baran sejuk. Orang sudah jarang menajdi panas baran kerana mereka tahu, menjadi panas baran tidak bijak dan kesan tindakbalasnya adalah berisiko tinggi oleh itu mereka memilih menjadi baran sejuk. Mereka akan merancang tindakan mereka terhadap musuh-musuh mereka dan mencari masa dan tempat yang sesuai untuk menyerang dan membalas dendam.

Itulah dia sedikit sebanyak sifat manusia berbaran sejuk. Mereka berada diluar sana bersama-sama kita tapi kita tidak tahu.

ISU MINYAK NAIK : JANGAN BEBANKAN BN DENGAN JANJI ANWAR IBRAHIM!



BN tidak pernah pada bila-bila masa berjanji untuk menurunkan harga minyak, yang buat janji itu ialah Anwar Ibrahim, guna platform Pakatan Rakyat yang tidak wujud secara rasmi.

Jadi bila harga tu naik RM 0.20 (atau dalam bahasa ’PEMANDUnya’ subsidi dikurangkan), ia tidak langsung kena mengena dengan sesiapa mengundi BN, slogan Janji Ditepati dan yang seumpama dengan itu.

Itu semua ucapan nak buat hati hangat saja, faktanya tidak ada.

Selain itu, semua orang nampak minyak naik RM 0.20 naik seliter, berapa banyak yang cepat-cepat ambil kalkulator dan kira berapa banyak kos mereka akan bertambah dengan kenaikan terbaru ini?

Yang saya nampak, majoriti hanya tahu buat bising, seolah-olahnya dalam sejarah minyak di Malaysia, ini adalah kenaikan kali yang pertama!!

Bagi saya sendiri, kos tambahan yang penulis perlu tanggung dari kenaikan ini ialah sebanyak RM 64.90 sebulan – setelah mengambil kira isian penuh tangki minyak kereta yang penulis ada dan kekerapan mengisi dalam seminggu.

Tak tahulah orang lain, tapi saya tidak rasa akan jatuh miskin atau hidup merempat dengan kenaikan kos minyak sebanyak itu.  Ia masih dalam jangkauan yang boleh ditanggung.  Mungkin saya perlu improvise sedikit dengan tidak menggunakan penghawa dingin pada masa-masa tertentu sahaja.

Saya tahu ada yang bazir minyak lebih banyak dari jumlah kenaikan RM 0.20 seliter ini, tapi sudah tentu perkara-perkara macam ini tidak diberi perhatian pada masa ini kerana tidak popular.

Tapi seperti ditegaskan sekali lagi, pada bila-bila masa BN tidak pernah keluar kenyataan atau tulis dalam manifesto mengatakan harga minyak akan diturunkan, rakyat tahu tentang ini dan tidak ada sesiapa pun yang boleh mendakwa ditipu oleh kerajaan.

MELAYU, ISLAM DAN NEGARA MALAYSIA


Melayu di Malaysia berada di dua persimpangan. Dua persimpangan yang perlu dipilih untuk menentukan survival bangsa samada relevan atau tidak sebagai pemimpin di tanah bertuah ini. Atau melukut di tepi gantang untuk tempoh yang mendatang. Adalah lebih baik jika persimpangan itu disatukan dalam bentuk pemuafakatan atau persepakatan. Cabar mencabar supaya membubarkan salah satu untuk disatukan dalam satu kumpulan tidak akan tercapai dalam suasana terdekat bahkan makin bertambah sengit persengketaannya.

Satu kumpulan walaupun dari pelbagai latar belakang berusaha untuk mengatakan bahawa Malaysia adalah negara Islam. Dan sememangnya bumi Malaysia adalah bumi Islam dan negara Islam. Negara yang diwarisi dari nenek moyang yang telah meletakkan asas yang kukuh bahawa Malaysia adalah negara Islam. Islam bukan kerana kerajaaan yang memerintah tetapi ianya merupakan tanah asal tanah orang Islam dan bumi orang Islam. Lebih-lebih lagi diperkukuhkan dengan dokumen bertulis yang berbentuk perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan Tanah Melayu. Mana-mana kerajaan yang memerintah Malaysia mesti melaksanakan Islam kerana Malaysia negara Islam.

Jangan kita labelkan negara kita ikut kerajaan yang berkuasa. Kalau salah mesti diperbetulkan kerajaan tersebut. Perbetulkan dengan jalan yang terbaik dan ikut perundangan bukannya kita tukar status negara. Seolah-olah bila golongan sosialis memerintah maka kita labelkan negara kita sebagai negara sosialis. Bila komunis memerintah maka kita labelkan negara kita negara komunis. Kita mesti tegaskan negara kita adalah negara Islam tetapi diperintah oleh komunis maka kita mesti berjuang untuk kembalikan negara kita kepada pemerintahan Islam. Islam negara kita tidak bertukar dengan bertukar kerajaan kerana asalnya adalah negara Islam dan tanah umat Islam. Amat malang bila ada individu, NGO atau parti politik Melayu yang mempertikaikan kedudukan negara kita sebagai negara Islam. Kita tidak pernah kata negara kita negara orang putih kerana pernah dijajah oleh orang putih. Begitu juga kita tidak pernah kata negara kita negara Jepun walaupun pernah dijajah oleh orang Jepun. Apa yang kita kata ialah negara kita dijajah oleh orang putih dan orang Jepun. Begitu juga dengan Islam. Malaysia adalah negara Islam.

Amat malang bila ada orang Islam bersama orang bukan Islam sama-sama berjuang untuk membuktikan negara kita adalah negara sekular. Kalau tidak berjuangpun sekurang-kurangnya mengangguk apa yang non-Muslim perkatakan. Setuju dengan apa yang didakwakan oleh orang bukan Islam bahawa negara kita adalah negara sekular. Diforumkan bersama mereka untuk menyatakan persetujuan. Percaturan politik telah merubah segala-segalanya. Percaturan politik yang mementingkan undi dalam pilihanraya. Aliran dan ideologi tidak dipedulikan asalkan undi diperolehi. Perlu ditegaskan Malaysia adalah negara Islam dan tanah umat Islam.

Merdeka Yang Bagaimana Kita Mahu?



MASIH dalam semangat dan minggu menyambut merdeka, bukan? Jadi kita teruskan bertemu minda tentang pengertian merdeka di ruangan minggu ini.

Merintis hidup sebagai bangsa merdeka bukan alang kepalang kerjanya. Seperti pesan Pak Hamka yang kerap singgah di benak: “Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan darah.”

Jika benar kemerdekaan Tanah Melayu dahulunya ditebus dengan air mata dan darah, lalu pasca 56 selepas bebas daripada cengkaman penjajah, merdeka yang bagaimanakah kita dambakan?

Pengertian merdeka itu sarwajagat, maksudnya luas. Bermula daripada minda yang merdeka, kebebasan bersuara di mana-mana medium pilihan, tahap kefahaman berkenaan hak kemanusiaan yang jitu, menjurus kepada kebebasan membuat keputusan dan memilih kerajaan.

Baru-baru ini, ada entri baru tentang pengertian merdeka untuk saya, di mana saya tidak berasa terpaksa atau terlalu patriotik ketika menyanyikan Negaraku sebelum menonton wayang. Ia bukan sesuatu membebankan untuk jiwa yang benar-benar merdeka.

Kadang-kadang saya rasa merdeka itu hanya satu hipotesis yang berpanjangan. Namun dalam menentukan hala tuju wahana perbincangan minggu ini, saya memilih untuk menulis tentang satu aspek kemerdekaan yang masih belum sempurna: bahasa kebangsaan.

Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, dalam bukunya, Harun Aminurrashid, pernah memetik kata-kata O.T. Dussek, pengetua pertama Maktab Melayu Kuala Kangsar: “Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Perliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu.”

Selepas itu, bertitik tolak pula daripada pemikiran Tunku Abdul Rahman pada 1975, di mana beliau berpesan: “Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian- apa yang boleh saya ungkapkan sebagai negara yang tidak mempunyai jiwa dan roh.”

38 tahun berlalu sejak Tunku bercakap soal peranan bahasa kebangsaan sebagai jiwa dan roh sebuah bangsa yang merdeka; 38 tahun sejuk dan sunyi, kekal mati. Tak sehangat laungan Merdeka! milik Tunku yang ditiup semula rohnya setiap kali 31 Ogos.

Pesan O.T. Dussek juga hambar dalam ingatan. Tiada yang ambil pusing kerana masih ramai antara kita yang tergagap-gagap bertutur bahasa kebangsaan. Kerana masih ramai antara kita yang langsung tidak boleh menulis dalam bahasa kebangsaan. Kerana masih ramai antara kita berasakan bahasa lain lebih agung daripada bahasa kebangsaan.

Apa lebih menyedihkan apabila ada di antara kita, yang mampu bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Jangan marah, saya berkata benar.

Juga perkembangan bahasa Melayu tidak digarap dan dipelihara pertumbuhannya dengan sempurna di bawah agensi kerajaan dan badan-badan bertanggungjawab sedia ada. Jika ada pun hanya segelintir pencinta bahasa yang benar berkhidmat atas dasar cinta, selebihnya mereka sekadar melepas batuk di tangga, asal gaji dikredit masuk setiap bulan, itu sudah cukup.

Jalan memartabatkan bahasa kebangsaan itu berliku, tidak boleh dibuat semberono. Rasa cinta kepada bahasa Melayu harus disemai seawal mungkin, rasa bangga menggunakan bahasa kebangsaan sebagai lingua-franca harus dibelai dan kita wajib memartabatkan bahasa kebangsaan tanpa perlu disuruh, didorong.

Aktiviti yang berkisar tentang bahasa kebangsaan juga wajib diberi nafas baru, ditilik dan diperhati, lalu dibentuk mengikut selera orang muda. Barulah bahasa kebangsaan mampu menjadi perantaraan yang kontemporari bukan kuno; sesuatu yang cool bukannya ketinggalan zaman.

Meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa wahid dalam perantaraan kita seharian, tidak bermakna kita menyisihkan bahasa-bahasa ilmu yang lain – misalnya bahasa Inggeris.

Orang yang benar-benar merdeka tidak teragak-agak, apalagi takut untuk bercakap dan berdebat dalam bahasa kebangsaan. Bangsa yang penakut itu tidak berhak memiliki merdeka, kerana ketakutan itu merupakan seorang penasihat yang sangat curang dalam mana-mana kemerdekaan.

Apalah nasib badan, dalam soal memperkasa bahasa kebangsaan, kemerdekaan saya masih pincang.

Sumber>> SINAR HARIAN

ANWAR TIDAK AKAN PERNAH BERHENTI BERBOHONG



Sesiapa yang mengenali Pemimpin Pembangkang, Datuk Seri  Anwar Ibrahim secara dekat pasti akan mengetahui bagaimanakah tingkah laku Anwar sebenarnya, kata Pegawai Khas Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.

Selaku orang yang pernah rapat dengan manusia yang digelar ‘sesumpah’ ini, Rahimi menjelaskan bahawa dia amat yakin Anwar sama sekali tidak akan berhenti berbohong dan terus berbohong serta bersandiwara selagi cita-cita menjadi Perdana Menteri tidak tercapai.

bekas-pegawai-khas-anwar-ibrahim-rahimi-osman



“Anwar memang manusia yang berputar belit dan bijak bersandiwara. Sekarang ini, apa yang saya tahu dari maklumat rakan-rakan, pemimpin-pemimpin pembangkang sudah mula menekan Anwar kerana dia sudah terlalu banyak berjanji. Namun janji-janji yang dibuat tidak dapat ditunaikan kerana pembangkang gagal membentuk kerajaan.

“Kerana itulah mereka menyerang kerajaan dan SPR habis-habisan agar rakyat memberontak dan mempercayai apa yang mereka katakan. Mereka percaya, hanya dengan kebangkitan rakyat sahaja kerajaan BN boleh tumbang. Tetapi mereka silap kerana rakyat bukan mudah diperbodohkan.

“Pembohongan terbaru Anwar di dalam merangka strategi meracuni fikiran rakyat kononnya mahu mengadakan dialog bersama kerajaan. Sebelum ini beliau mendakwa kononnya Datuk Seri Najib mempelawa pembangkang untuk membentuk kerajaan perpaduan dan turut menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya dan empat jawatan menteri kepada Ahli Parlimen PKR.

“Saya tidak rasa sama sekali Datuk Seri Najib akan berbuat demikian kerana Perdana Menteri amat mengenali siapa itu Anwar Ibrahim. Mustahil Datuk Seri Najib mahu bekerjasama dengan manusia kaki putar. Sejarah cukup untuk mengajar kita siapa Anwar” ujarnya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi lagi  penipuann dan sandiwara Anwar  bukan baru dan ianya telah terbukti banyak berlaku sebelum ini.

Antaranya tersebut tegas beliau ialah penipuan 16 September apabila  Anwar menyatakan keyakinan dapat membentuk kerajaan dan merampas Putrajaya.

“Anwar memang pakar putar belit namun masih ada yang mahu mempercayai kata-katanya walaupun sudah terbukti dengan jelas ia hanyalah penipuan semata-mata

“Isu liwatnya pula pelbagai tuduhan buruk dituduh kepada UMNO dan BN kononnya mahu menjatuhkan kredibilitinya tetapi rakyat perlu tahu orang pertama yang membangkitkan isu liwat Anwar semasa beliau masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah Karpal Singh. Perkara ini dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat pada tahun 1997.

“Orang kedua pula adalah Mat Sabu yang secara terang-terangan dalam ceramahnya dia Kubang Kerian pada Ogos 1998 menggelarkan Anwar ‘Al Juburi’. Tetapi kini orang-orang tersebut menjadi rakan baiknya. Putar belit dan sandiwara ini tidak akan ada titik noktah,” jelasnya lagi.

Adam Adli & Hishamuddin Rais Ditahan!


Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais telah ditahan polis kira-kira jam 8.50 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

The Malaysian Insider berjaya menghubungi dua aktivis itu dan mereka telah mengesahkan ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dipercayai kerana mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada malam sambutan kemerdekaan pada Jumaat.

"Kami ditahan kira-kira jam 9 malam tadi sewaktu sedang menikmati makan malam di Kampung Baru.

"Kami kini masih berada di IPD Dang Wangi dan dibenarkan menghubungi peguam. Kami masih menunggu kehadiran peguam, namun masih belum pasti siapakah yang akan mewakili kami," kata Hishamuddin apabila dihubungi .

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera "Sang Saka Malaya" jika ada laporan dibuat mengenainya.

Beliau menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia.

Mengulas mengenai kumpulan yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, beliau berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu harus membuat laporan polis.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan.



Sebelum ini Bernama telah melaporkan..

KUALA LUMPUR - Polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.

Berikutan itu, katanya tindakan undang-undang juga boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang.

Mengulas mengenai kumpulan tertentu yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lepas, beliau berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu juga harus membuat laporan polis.

"Kita tidak boleh hina Jalur Gemilang dan mengatakan ia satu malapetaka. Kita tidak harus mempertikaikan perkara ini," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh di sini, malam tadi.

Katanya sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan.

"Tidak sepatutnya ada orang pertikaikan Jalur Gemilang dan mahu menggantikannya dengan bendera lain.

"Kita harus terima hakikat bahawa dalam soal bendera, pengisytihrannya telah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika itu," katanya.

Mengenai dakwaan penglibatan sesetengah pemimpin parti politik dalam kegiatan kongsi gelap, beliau berkata kerajaan tidak berkompromi mengenai perkara itu dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. - Bernama

Rusuhan Dan Amukan Di Stesen Minyak!




Punca sebenar isu kejadian rusuhan atau amukan disebuah stesen minyak di Melaka terjawab. Beberapa keping gambar yang mempamerkan rusuhan di sebuah stesyen minyak telah tersebar dilaman sosial dan mendakwa bahawa ianya berlaku akibat pengumuman harga minyak naik 20sen mulai 3 September 2013. Setelah disiasat, kejadian itu bermula apabila seorang pengguna bengang stesen minyak kehabisan petrol dan mengamuk di lokasi kejadian.



Keadaan berselerak tersebut dipercayai akibat daripada perbuatan pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengusaha stesen minyak. Pengusaha stesen minyak itu memaklumkan bahawa minyak di stesennya telah pun habis. Akibat bengang dengan dakwaan tersebut, pengguna tersebut dikatakan bertindak liar dengan merosakkan beberapa pam. Beliau bertindak demikian kerana beranggapan pengusaha stesen minyak tersebut cuba mengambil kesempatan dengan menyimpan minyak.

Monday 2 September 2013

Harga Minyak Naik : Modal Pembangkang untuk Menyalahkan Kerajaan



Keadaan kelam kabut dan agak sibuk semalam tidak boleh dinafikan, keadaan ini akan berlanjutan berikutan dengan kenaikan harga minyak secara mengejut yang diumumkan oleh DS Najib petang semalam.

Seperti biasa apabila ada sahaja maklumat yang menyatakan harga minyak akan naik maka sudah pasti stesen minyak di seluruh negara akan berpesta dengan kenderaan.Semuanya akan berpusu-pusu untuk mengisi minyak sebelum tengah malam semalam bagi mendapatkan harga lama.

Kali terakhir harga RON95 dikaji semula adalah pada Disember 2011 apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.

Setakat ini, beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak di negara masing-masing ekoran kesukaran untuk menampung kenaikan harga bahan api itu.
Secara amnya kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 bilion setahun untuk subsidi diesel dan petrol.
Ia hasil pemberian subsidi besar kepada petrol dan diesel termasuk gas memasak oleh kerajaan.
Daripada sebanyak 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya.

Kerajaan memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel serta 90 sen untuk setiap liter petrol RON 95.
Untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter, bukannya RM2.74.
Begitu juga harga petrol RON95 yang mana rakyat hanya perlu membayar RM1.90 seliter.
Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON95 sepatutnya RM2.80 seliter. Sumber

Ternyata pihak pembangkang seperti yang dilaporkan oleh Portal berita milik PAS, Harakah Online juga tahu akan kenaikan ini adalah disebabkan dengan Isu berdarah yang berlaku di Mesir.



                            Harakah Daily>

Ternyata isu minyak kalau masih mahu dijadikan bahan dan modal untuk pembangkang, ianya adalah sia-sia kerana mereka sebenarnya 'kaki putaq alam' dengan berdalih berkenaan dengan isu minyak yang dihadapi oleh negara-negara membangun seperti negara kita Malaysia.

P/s : Jangan asyik nak menyalahkan PM je,  ingatla kalau bagi pembangkang Jadi PM lagi lingkuplah Malaysia ni. Silap silap subsidi pun takde..!!

A.SAMAD SAID : SASTERAWAN NEGARA YANG NYANYUK.....!!!



A. Samad Said...satu sosok yang patutnya semakin matang di akhir usia. Sebaliknya akalnya makin pendek, mudah dibodohkan seperti kerbau dicucuk hidung.

Bila tengok kebodohan A. Samad Said bersama bendera puaka, terdetik dalam benak fikiran, mengapa perlu mengibarkan bendera itu lagi? Tidakkah A.Samad Said tahu bahawa negara ini bukan lagi Persekutuan Tanah Melayu atau MALAYA tetapi sebuah negara bernama MALAYSIA hasil gabungan Semenanjung dan Sabah serta Sawarak.

Tindakan A.Samad Said dengan golongan anak muda yang tak habis belajar mengibarkan bendera yang kononnya bernama Sang Saka Malaya jelas menunjukkan satu penghinaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Jika benar Sang Saka Malaya merupakan bendera asal Malaysia yang perakui oleh Pakatan Rakyat, mengapa ianya tidak dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan oleh Kerajaan Negeri Selangor? Kenapa kerajaan negeri Selangor masih mengibarkan Jalur Gemilang?

Melewati usianya 78 tahun.....dengan anugerah SASTERAWAN NEGARA..... Kenapa baru sekarang nak perjuangkan bendera puakanya. Kalau dia di pihak yang benar, kenapa tak perjuangkan puluhan tahun yang lepas, kenapa baru sekarang? Apakah beliau sudah NYANYUK....???

MALAYSIAKU BERDAULAT
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!