Thursday 22 August 2013

Kenyataan RASIS Malaysia!

Lihatlah betapa rasisnya kenyataan pemimpin DAP ini. Sejarah membuktikan DAP tidak pernah berjuang untuk kepentingan semua kaum. Malah kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin mereka menggambarkan betapa parti itu berjuang hanya untuk satu kaum, malah ada kalanya sampai mengguris hati kaum yang lain.

Siapa boleh lupa bagaimana Kor Ming boleh mengeluarkan kenyataan biadab menggelar Zambry sebagai "Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah" yang mengundang kemarahan ramai pihak sehingga memaksa Kor Ming memohon maaf kepada Zambry.




Kor Ming juga pernah dilaporkan cuba membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dan bukan Islam apabila mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 berbanding hanya RM9 juta untuk tujuan agama bukan Islam.

klik di sini untuk menyaksikan video tersebut..

Begitu juga dengan kenyataan Kor Ming di laman Twitter didakwa mempersenda Islam kerana memperlekehkan upacara mengangkat sumpah di dalam masjid oleh orang Islam bagi membuktikan kebenaran.

Sepupu Kor Ming, Ngeh Koo Ham juga pernah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan bahawa undi orang India boleh dibeli dengan Milo, kari kambing dan bir.



Dan ini pula kenyataan Ngeh Koo Ham yang mempertikaikan kenapa orang islam buang masa dan tenaga mempertahankan maruah agama.


Semua ini permainan DAP yang suka mencetuskan isu PERKAUMAN untuk membakar perasaan orang cina supaya membenci kerajaan.Hakikatnya, isu perkauman sememangnya sudah menjadi modal DAP untuk meneruskan survival politik mereka. Pendek kata, isu perkauman adalah 'nyawa' DAP.

No comments:

Post a Comment