Wednesday, 21 August 2013

PENUBUHAN IFC MAHU DIGERAKKAN SEMULA.

Umum mengetahui mahkamah menolak rayuan pergerakan Seksualiti Merdeka gagal bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan polis mengharamkan Festival Seksualiti pada November 2011. 

Umum juga mengetahui pergerakan tersebut berjuang untuk ‘menghalalkan’ hubungan sesama jenis atas alasan hak asasi manusia. Mereka tegar memperjuangkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Mereka menuntut Malaysia menjadi sebuah Negara demokrasi yang progresif dengan melindungi golongan ini yang digelarnya sebagai “minoriti seksualiti”

Umum juga tahu pergerakan ini turut didukung oleh bekas Presiden Majlis, Datuk S.Ambiga, malah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah dilaporkan secara terbuka menyokong usaha Ambiga untuk membela golongan parasit agama ini.

Ketika usaha golongan ini meratapi keputusan mahkamah rayuan, seorang lagi anggota Majlis Peguam, Malik Imtiaz Sarwar mengeluarkan kenyataan yang wajar diambil perhatian serius seluruh umat Islam di negara ini.

Malik Imtiaz dalam laporan malaymail online semalam menyeru supaya usaha mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama yang ditolak oleh kerajaan pada 2005 dihidupkan semula. Malik Imtiaz memberi alasan isu-isu agama yang timbul kebelakangan ini menjadikan masyarakat Negara ni seolah-olah “sudah tidak toleran dan sangat berpecah-belah”.

No comments:

Post a Comment