Wednesday 14 August 2013

peng sana!!peng sini!!

Semakin menjadi-jadi kes tembak-menembak yang berlaku di negara kita. terbaru ahli
perniagaan, kemudian peniaga nasi kukus dan seorang janda beranak empat.



KOTA KINABALU - Seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun terbunuh dalam kejadian tembak dari dalam kereta ketika berjalan keluar dari sebuah kedai kopi India Muslim di kompleks komersial Beverly Hills, di Penampang kira-kira pukul 10.15 malam.
Lelaki itu dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth oleh sebuah kereta peronda polis, tetapi disahkan meninggal dunia.
Polis masih belum mendedahkan identiti ahli perniagaan itu, yang dikatakan baru sahaja meninggalkan kedai kopi selepas minum dengan beberapa rakan.
Sebaik sahaja beliau meninggalkan kedai kopi itu, seorang lelaki yang tidak dikenali yang sedang menunggu di dalam kereta menembak di bahagian perut dan segera memecut.
Polis peronda yang berada berdekatan kawasan mendengar tembakan dan segera tiba ke tempat kejadian, membawa lelaki itu ke hospital.
Pihak polis segera mengadakan sekatan jalan raya di seluruh bandar dalam usaha untuk menangkap penyerang.
Difahamkan, polis juga merekodkan kenyataan daripada rakan-rakan ahli perniagaan itu.




DUNGUN - Seorang peniaga nasi kukus maut dengan dua kesan tembakan di dada dan bahu dalam satu kejadian samun di tempat letak kereta berhadapan premis perniagaannya di Jalan Besar Kampung Cacar, Paka di sini awal pagi ini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa, Mohd. Lutfi Mansor, 50, baru menutup kedai dan bersiap untuk pergi ke bank bagi urusan penyimpanan wang hasil perniagaan yang menjadi rutin hariannya.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah oleh adik iparnya, Mohd. Zulrophia Umar, 21, kira-kira tiga jam kemudian sebelum dia memaklumkannya kepada isteri mangsa, Norzuedawati Umar, 25.
Peniaga itu dipercayai ditembak ketika menuju ke trak pikap jenis Toyota Hilux miliknya yang dilarikan penjenayah bersama beberapa barang dalam kenderaan termasuk beg tangan, kasut serta telefon bimbit.
Bagaimanapun satu ikat wang kertas masih terdapat dalam poket baju lengan pendek yang dipakai mangsa.
Mayat peniaga itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Norzuedawati ketika ditemui berkata, dia baru bangun dari tidur ketika dimaklumkan mengenai kejadian menimpa suaminya itu.
"Arwah suami saya tidak mempunyai musuh selama ini. Dia sangat baik dengan semua orang dan suka menderma.
"Apa pun saya anggap ini semua ini sebagai dugaan kepada keluarga kami," katanya.
Selain Norzuedawati, mangsa turut meninggalkan dua orang anak yang masih kecil iaitu Mohammed Mansoruedin, 5, dan Nor Balqis Bazilla, tiga bulan.
Dalam pada itu Norzuedawati berkata, jenazah suaminya mungkin akan dikebumikan di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, berhampiran kubur arwah bapanya.
"Saya tak sangka kejadian ini boleh menimpa keluarga saya. Kedai kami baru dibuka beberapa hari lalu iaitu selepas hari raya kedua," katanya merujuk kepada Kedai Nasi Kukus Paka 3 milik suaminya itu.



KUANTAN - Seorang wanita nyaris terkena tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali dipercayai penyamun dalam satu kejadian awal hari ini di Jalan Haji Ahmad, Kuantan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa, Ruzelawati Basri, 35, ibu tunggal empat anak, baru sahaja keluar dari rumahnya di Taman Mirama secara berseorangan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.
Katanya, selepas mengisi minyak di sebuah stesen, mangsa memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad dan membuat panggilan telefon kepada bekas suaminya di Putrajaya sebelum didatangi kereta berwarna biru gelap dan seorang lelaki kemudian keluar dari kenderaan itu.
Beliau berkata,lelaki terbabit memegang sepucuk pistol, mengetuk cermin kereta dan mengarahkannya membuka pintu serta keluar dari keretanya.
"Mangsa yang terkejut terus memecut kenderaannya dan terdengar bunyi cermin keretanya pecah tetapi mendengar bunyi seperti letupan," katanya.
Mohd Jasmani berkata, mangsa yang beralamat di Precint 9, Putrajaya dan menjalankan perniagaan kedai cermin mata di Kuantan itu terus memecut kenderaannya dan berhenti berhampiran sebuah restoran di Jalan Haji Ahmad.
"Siasatan awal polis mendapati terdapat satu das tembakan dilepaskan di cermin pemandu dan dipercayai hinggap di rangka kiri pintu hadapan MPV itu dan motif kejadian dipercayai cubaan menyamun," katanya.
Beliau berkata, mangsa mengalami luka kecil di bahagian mata kanan dipercayai akibat serpihan kaca dan dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.
semakin berani orang malaysia kan?

No comments:

Post a Comment