Thursday 22 August 2013

Ops Cantas : Tahniah PDRM!!!

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Polis Diraja Malaysia telah menahan sebanyak 783 individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah khususnya kongsi gelap sejak Op Cantas Khas dilancarkan di seluruh negara pada Sabtu lalu.

Jumlah yang ditahan itu adalah daripada lebih 5,000 individu yang diperiksa dalam sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan polis dan akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, operasi Op Cantas Khas menunjukkan hasil positif selepas empat hari dilancarkan dengan indeks jenayah kekerasan menunjukkan penurunan.

"Sejak dilancarkan Sabtu lalu, polis telah menahan 783 individu dan mereka ini disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan Kontinjen/Daerah Terbaik Op Selamat 3/2013 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, di sini hari ini.



Sumber dari..http://networkedblogs.com/Olrcq

No comments:

Post a Comment