Sunday, 1 September 2013

Di Sebalik Hukuman Gantung Saddam Hussein




Masih ingatkah korang apa yang berlaku di Iraq? Iraq telah ditawan oleh pihak Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya pada tahun 2003. Dan hasil dari kejadian tersebut telah membawa kepada hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein.

Tapi ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq tersebut.

Tak ramai yang tahu kenapa beliau dihukum gantung..?
Siapakah Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang..?
Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..?
Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..?

Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk Yahudi Israel dan Amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agen berita. Zaman tu laman sosial seperti Facebook tidak sepopular sekarang.

Saddam sudah tahu akan bahayanya Syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapuskan etnik Syiah yang makin ramai yang imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.

Iraq diperangi kerana Saddam “diktator yg zalim”, siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya digunakan amerika? Iran. Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan?

Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di Tanah Arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah.

Siapa pula Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang?



Nouri Al-Maliki adalah seorang penganut Syiah yang telah berkuasa di Iraq sekarang. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. Sebab Perdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010, Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya, kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan di Baghdad sejak runtuhnya Saddam. Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq.

Bekas anggota TUDM mati ditembak


IPOH: Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mati ditembak berhampiran restoran milik bapanya di deretan premis perniagaan di Jalan Permasuri Mazwin, Taman Rishah, Silibin di sini pagi semalam.

Mangsa S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan.

“Suspek kemudiannya terus masuk ke dalam kereta Vios itu dan melarikan diri. Polis percaya terdapat sejumlah suspek di dalam kereta itu.
“Kita akan dapatkan rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Taman Rishah di sini semalam.

Sum berkata polis menjumpai tiga kelongsong peluru dan slug jenis .9mm di tempat kejadian.
Beliau berkata polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis. — Bernama

PKR Menghina Jalur Gemilang Di Twitter!!!


Ini tweet terbaru seorang politikus pembangkang. Ikutkan hati, saya tidak berselera hendak ulas, tetapi bila ia sakan dijadikan bahan jenaka di pautan laman sosial FB dan Twitter, saya terpanggil untuk bercakap sedikit. 

Bagi mereka yang berfikiran waras untuk menaakul secara objektif, 'tweet' ini adalah satu penghinaan. Yang dihina dengan perkataan 'bodoh' ini adalah para pemimpin negara. 

Tweet ini pula disebarluaskan sebagai bahan jenaka ketika negara diambang hari kemerdekaan. 

Tidak bolehkah pada satu hari ini kita berkongsi rasa bahagia ulangtahun kemerdekaan tanpa merosakkannya dengan kenyataan sebegini? Ya, kita tahu pemimpin berkenaan adalah pemimpin BN, tetapi kenapa pada hari bersejarah ini pun, orang-orang ini mahu melemparkan penghinaan semata-mata mahu meraih laba politik? 

Bagi saya, pada hari kemerdekaan, semua politikus sama ada kerajaan atau pembangkang patut mengajak rakyat sama-sama menyemai semangat patriotisme, meraikannya dengan rasa bangga, bukan mencemarinya dengan kenyataan dangkal begini. Saya rasa, ada baiknya selepas ini pemimpin kerajaan dan pembangkang berkongsi pentas bagi sama-sama meraikan hari bermakna ini.


Lebih malang, dikhabarkan pada majlis-majlis tertentu termasuk di Dataran Merdeka, ada pihak yang tergamak menggantikan Jalur Gemilang dengan 'Sang Saka', bendera yang dikatakan akan diangkat sekiranya pembangkang memerintah. Jujur, saya terkejut dengan perkembangan-perkembangan ini. 

Apa motif di sebalik semua ini? Kenapa simbol, lambang dan sejarah kemerdekaan negara mahu diserang sehingga sebegini rupa? Tidak keterlaluan jika dikakatan ini tidak ubah seperti satu gerakan subversif yang mahu menyemai anti patriotisme dalam kalangan rakyat. 


Seingat saya, setiap kali menjelang hari kemerdekaan, ada sahaja kenyataan dangkal keluar dari mulut pemimpin pembangkang. Siapa boleh lupa bagaimana pemimpin DAP, M. Manoharan sebelum ini menghina Jalur Gemilang sebagai 'bendera tidak berkelas dunia'? Malah dengan angkuh mengatakan bendera Malaysia akan diubah jika Pakatan Rakyat memerintah!

Siapa boleh lupa bagaimana pemimpin Pas, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menggelar Jalur Gemilang sebagai Jalur Malang? Begitu juga tindakan kartunis pro-pembangkang, Zunar yang melakarkan karikatur yang memperlekehkan panji-panji kemerdekaan negara. 


Di banyak negara, hatta di barat, politikusnya berlumba-lumba menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat walaupun berbeza kabilah politik. Bagi mereka, tiada kompromi dalam menunaikan tanggungjawab memelihara panji-panji negara kerana ia simbol kedaulatan negara. 

Nampaknya, nilai-nilai itu semakin terhakis di Malaysia, sebuah negara bertuah. Bukan kerana rakyat kita tidak cukup patriotik, tetapi kerana membiaknya politikus haprak yang mahu menjadikan apa sahaja sebagai modal politik untuk meraih tampuk kuasa.

Friday, 30 August 2013

Gambar : Logo-logo Kumpulan Kongsi Gelap!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan beberapa logo serta lambang milik 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahaigan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pendedahan itu bertujuan agar orang ramai dapat menghindari kumpulan-kumpulan terlibat sebelum mereka diambil tindakan oleh polis. – UTUSAN


Thursday, 29 August 2013

Gambar : Kad Pengenalan "Bapa Kemerdekaan"


                                      Buat pejuang agama, bangsa dan bumi bertuah Malaysia
                                     ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
                                                       "Bapa Kemerdekaan" Malaysia
               Semoga roh beliau diberkati dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.
                                                               Jasa Mu Dikenang....

Anjing Dan Isu Masyarakat Malaysia


DALAM masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah realiti masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.
Umpamanya apabila isu video anjing yang dikaitkan dengan umat Islam menyambut hari raya timbul, pelbagai reaksi lahir. Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi Islam. Ada yang kata video itu hina umat Islam.

Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata, apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.

Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut:

*Samakan dengan anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya semua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan.

Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.

Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).

Jadi, jika masyarakat muslim sensitif apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

*Islam benci anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?

Dalam al-Quran, Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat Yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.

Sementara dalam hadis pula, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing? Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

*Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut yang bermaksud:

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisab-Nya” (Surah al-Maidah, ayat 4)

Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi (meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.

Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

*Bolehkah muslim memegang anjing?

Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya.

Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doktor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek.

Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini.

Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

*Memelihara anjing dalam rumah

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja.

Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.

Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan.

Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.

Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak penyelidikan yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing.

Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!

Dalam hadis tadi Nabi SAW bersabda: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi saintifik maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.

Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Kongsi gelap merekrut pelajar sekolah




IPOH - Polis Perak sedang menyiasat kegiatan anggota kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah.
 
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ini susulan kenyataan seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada bulan lepas.
 
"Kumpulan itu merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak di ibu pejabat kontinjen di sini hari ini.
 
Polis sedang mengenal pasti kumpulan pelajar dan sekolah yang menjadi sasaran, katanya yang enggan mengulas lanjut.
 
Mengenai Ops Cantas Khas Perak yang bermula 1 Ogos lepas, beliau berkata polis setakat ini memeriksa sebanyak 5,164 orang dan menahan 46 orang termasuk anggota kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan dadah, pelacuran dan perjudian.