Tuesday, 3 September 2013

BARAN SEJUK MELAYU


Baran sejuk adalah sebuah personaliti yang lazim pada orang Melayu. Baran Sejuk bermaksud orang yang marah tapi tidak kelihatan dari sudut luaran. Orang yang Baran Sejuk adalah seorang pendendam yang akan bermusuh dengan kita sehingga bertahun-tahun lamanya. Orang Baran Sejuk tidak mudah memaafkan orang lain. Biasanya, kita tidak tahu mereka ini marah, benci atau dendam dengan kita kerana orang Baran Sejuk bijak menyembunyikan amarah dan dendam dirinya.

Dari aspek jantina, sifat baran sejuk ada pada wanita dan lelaki. Hal yang paling merbahaya bagi orang yang mempunyai baran sejuk adalah apabila mereka berada dalam posisi dan tampuk kuasa mereka akan menggunakan kuasa mereka untuk menzalimi orang yang mereka dendam. Orang baran sejuk lebih sadistik dari orang baran panas.

Baran Sejuk adalah dari phenotype Panas Baran. Bezanya orang panas baran mereka cepat meletup tapi cepat juga reda. Panas baran juga mudah memaafkan orang lain. Tapi tidak bagi baran sejuk. Mereka marah tapi nampak sejuk. Malah, orang baran sejuk ini kalau mereka semakin marah dan dendam mereka akan menjadi lebih peramah dan baik. Ini kerena mereka menunggu masa yang sesuai untuk membalas dendam.

Jika orang panas baran dikaitkan dengan api merah menyala, orang baran sejuk api di hati mereka adalah hitam seperti api neraka. Kemarahan si baran sejuk tiada noktahnya. Selagi tidak tercapai maka mereka akn teruskan mencari ruang dan peluang untuk membalas dendam.

Orang panas baran mungkin mereka dianggap jahat tapi sebenarnya hati mereka lembut. Panas baran hanya manifestasi sementara yang cepat redanya. Orang baran sejuk pula, mereka mesra, baik, mudah bergaul, mempunyai cara komunikasi yang tersusun, tapi di dalam hati mereka punyai rasa marah yang mendalam.

Orang baran sejuk akan menjeling dengan sudut mata mereka ketika kita tidak perasan. Sukar untuk mengenalpasti orang baran sejuk ini, kerana mereka menyimpan perasaan sebenar mereka. Sehinggalah satu hari mereka melancarkan serangan strategik yang sukar dipatahkan.

Ini kerana orang baran sejuk mereka bijak mengatur langkah. Berbeza dengan orang panas baran mereka tidak merancang, kerana mereka bertindak secara spontan. Orang panas baran dipengaruhi emosi tapi orang baran sejuk dipengaruhi keiblisan. Dan baran sejuk adalah sifat marah yang paling dasyat sekali.

Sebagai contoh, seorang panas baran kalau meminta wang pinjamannya dia akan lebih open dan direct. Tapi tidak pada baran sejuk. Dia hanya bertanya sekali sahaja, "mana duit aku". Kalau kita tidak membayar ketika itu, dia tidak akan menunjukkan sifat marah atau sebagainya, sebaliknya menunjukkan sifat tenang yang disaluti niat dendam. Baran sejuk seperti bom masa yang akan meledak tapi tidak tahu bila, tahu-tahu sahaja, ada sahaja barang peribadi kita hilang atau rosak. Dan kita tidak tahu siapa yang buat.

Etika, tamadun, dan cara hidup di zaman moden kini, telah merubah ramai manusia menjadi baran sejuk. Orang sudah jarang menajdi panas baran kerana mereka tahu, menjadi panas baran tidak bijak dan kesan tindakbalasnya adalah berisiko tinggi oleh itu mereka memilih menjadi baran sejuk. Mereka akan merancang tindakan mereka terhadap musuh-musuh mereka dan mencari masa dan tempat yang sesuai untuk menyerang dan membalas dendam.

Itulah dia sedikit sebanyak sifat manusia berbaran sejuk. Mereka berada diluar sana bersama-sama kita tapi kita tidak tahu.

No comments:

Post a Comment