Wednesday 4 September 2013

ANWAR GESA POLIS MOHON MAAF


Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 4 Sept: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa tidak puas hati dengan tindakan polis menahan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said pada waktu tengah malam.

Dalam Twitter peribadinya, Anwar menulis, “Tindakan biadap! Samad Said berumur 80 tahun diheret jam 12 malam?” tempelak Anwar sebaik mengetahui Samad Said lebih dikenali sebagai Pak Samad ditahan.
Ekoran itu, beliau menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi memohon maaf kepada Pak Samad di atas penahanan itu.

Tegas Anwar lagi, Zahid wajib mohon maaf kepada Sasterawan Negara itu kerana pada usianya 80 tahun, beliau dibawa tiga polis pada jam 12 tengah malam ke ibu pejabat polis.
“Tak dapat soal siasat pada siang hari kah? Mana perginya perikemanusiaan?” kata Anwar lagi.

Penahanan itu turut mendapat reaksi rakan seperjuangan Pak Samad dalam Bersih, Datuk S Ambiga yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.
“Pak Samad, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Layanan yang mengejutkan dalam menghormati Sasterawan Negara,” tulis Ambiga di twitter.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut sama mengutuk tindakan polis.
“Penahanan yang dibuat oleh polis merupakan satu kebiadapan dan ia mesti dikutuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber Dari >>http://khatadi.blogspot.com/2013/09/anwar-gesa-polis-minta-maaf.html

No comments:

Post a Comment