Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini sepakat mahu kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pasangan kontroversi Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, ekoran kebiadapan mereka menghina kesucian agama Islam.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangkit dan mencetuskan isu itu pada sesi perbahasan Dewan Rakyat berkata, perbuatan pasangan tersebut tidak boleh dibiarkan dan mereka perlu ditahan, didakwa dan dipenjarakan sekiranya sabit kesalahan.
Tegasnya, pasangan tersebut bukan contoh yang baik kepada remaja masa kini di negara ini dan sewajarnya mereka dihukum dengan hukuman seberat-beratnya.
No comments:
Post a Comment